Labels

Sunday, November 24, 2019

Hari Interaksi Anak Johor UKM

Hello semua! Untuk post kali ini aku nak cerita serba sedikit tentang salah satu aktiviti aku di UKM. Di UKM, ada banyak persatuan yang korang boleh join. Antaranya ialah persatuan anak negeri. Aku merupakan orang johor, jadi aku memilih untuk menyertai Persatuan Mahasiswa Anak Johor UKM (PERMAJ UKM). Antara aktiviti yang telah kelab ni jalankan ialah Hari Interaksi Anak Johor yang bertempat di Hutan Pendidikan Alam, UKM. Sepanjang program 2 hari satu malam ni, banyak aktiviti dijalankan dan motif utama adalah untuk mengeratkan hubungan antara ahli-ahli baru PERMAJ. Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan secara rawak. Kebanyakan aktiviti dijalankan ikut kumpulan, jadi hubungan kami jadi rapat walaupun kenal tak sampai 2 hari. Seronok bila dapat kawan baru, walaupun program dah berakhir kami masih keep in touch dan berjumpa bila ada masa free.


No comments:

Post a Comment

Pengalaman Kerja

Pengalaman kerja? Aku hanya berpengalaman bekerja di dua tempat. Pertama, sewaktu aku menunggu keputusan SPM. Pertama kali bekerja, aku mem...