Jenis-jenis memo :
- Memo Dalaman - Memo yang digunakan untuk urusan antara individu, bahagian dan cawangan dalam sesuatu organisasi. Oleh sebab memo berbentuk edaran dalaman, maka perkara seperti alamat surat menyurat, pangkat dan jawatan serta rujukan kehormat selalunya diringkaskan.
- Memo Luaran - Terdapat 3 jenis iaitu ;
b) Memorandum Bantahan - membantah arahan atau ketetapan yang dikeluarkan oleh sesuatu pihak.
c) Memorandum Cadangan - memohon atau mencadangkan sesuatu perkara untuk dipertimbangkan atau dilaksanakan oleh pihak-pihak tertentu.
- Maklumat yang disampaikan hendaklah jelas.
- Hendaklah lengkap dengan nombor rujukan, tarikh, perkara dan tandatangan.
- Tidak terikat dengan sesuatu bentuk.
- Tidak terlalu formal, ringkas dan mempunyai catatan salinan kepada.
Fungsi Memo :
- Menjimatkan masa sekiranya maklumat perlu disebarkan segera tanpa ada mesyuarat.
- Berperanan sebagai catatan atau peringatan tentang hasil sesuatu perbincangan dan sebagainya.
- Memastikan pengaliran maklumat bertulis yang berterusan antara pihak dalam organisasi sama ada antara pekerja dengan pekerja atau majikan dengan pekerja.
Bentuk Memo :
-Memo mempunyai bahagian-bahagian seperti kepala, badan, dan kaki memo :
- Kepala - Nama, alamat dan lambang atau logo syarikat/organisasi.
- Badan - Isi memo / perkara yang ingin disampaikan.
- Kaki - Tanda tangan dan nama pembuat memo.
Contoh Memo :
Untuk maklumat lebih lanjut, sila klik video ini.
No comments:
Post a Comment