Berdebar? excited? takut? semua perasaan aku rasa waktu pertama kali melangkah masuk ke UKM. Aku bahkan tidak dapat tidur lena pada malam sebelumnya kerana terlalu banyak perkara yang bermain difikiran. Tapi Alhamdulillah segala urusan pendaftaran berjalan dengan lancar dan aku sekarang bergelar mahasiswi di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kenapa aku pilih UKM? Jelaslah UKM ni antara universiti yang top di Malaysia. Lokasinya pun best, takdelah ceruk hutan sangat jadi senang untuk cari transport nak ke mana-mana. Perjalanan sewaktu pendaftaran tersangatlah lancar. Trafik tak sesak, tak perlu beratur lama-lama pun waktu mendaftar. Sampai sahaja di kolej, aku diarahkan untuk membawa surat tawaran dan ambil kunci bilik dannnn SELESAI! Aku ditempatkan di Kolej Aminuddin Baki, kolej yang sangat berhampiran dengan fakulti aku iaitu Fakulti Ekonomi dan Pengurusan jadi tak perlu lah aku naik bas ke sana. Kolej Aminuddin Baki ni juga berhampiran je dengan Perpustakaan Tun Sri Lanang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Pengalaman Kerja
Pengalaman kerja? Aku hanya berpengalaman bekerja di dua tempat. Pertama, sewaktu aku menunggu keputusan SPM. Pertama kali bekerja, aku mem...
-
Apa itu memo? Memo merupakan sejenis surat yang digunakan untuk perhubungan rasmi antara pekerja, unit, jabatan atau bahagian di dalam o...
-
Pengalaman kerja? Aku hanya berpengalaman bekerja di dua tempat. Pertama, sewaktu aku menunggu keputusan SPM. Pertama kali bekerja, aku mem...
-
Hello semua!! Harini aku nak kongsikan resepi kerabu maggi yang sangat simple dan mudah dibuat. Bahan : -Maggi Serda -Sos ikan -...
No comments:
Post a Comment