Pengalaman kerja? Aku hanya berpengalaman bekerja di dua tempat. Pertama, sewaktu aku menunggu keputusan SPM. Pertama kali bekerja, aku meminta kerja kosong sebagai service crew di SDS bakery iaitu sebuah bakery dan kafe yang terletak agak berhampiran dengan rumah aku. Dengan langsung tiada pengalaman bekerja, aku akui memang agak sukar bagi aku menyesuaikan diri bekerja disana. Tambahan pula, bekerja dalam bidang yang melibatkan customer service memerlukan kesabaran yang tinggi. Setakat ditengking tu perkara biasa. Bekerja disini melatih aku untuk lebih berani berhadapan dengan pelbagai jenis orang. Pengalaman bekerja disini menyedarkan aku bahawa aku bukan hanya perlu melayan kerenah pelanggan, tetapi juga rakan sekerja yang berbagai ragam. Luckily for me, I had two amazing friends sewaktu bekerja disana. In fact, we still keep in touch and hang out everytime aku pulang ke JB untuk bercuti.
Pengalam bekerja aku yang kedua pula ialah sebagai retail assistant merangkap cashier di sebuah kedai menjual bahan-bahan membuat kek. Suasana kerja disini berbeza dengan tempat kerja aku sebelumnya yang sentiasa sibuk. Aku bukan seorang yang gemar membuat kek, jadi agak sukar untuk aku menjawab soalan-soalan yang diajukan oleh customer. Nasib baik my workmates semua sangat membantu dan banyak pengetahuan baru aku peroleh daripada mereka.

No comments:
Post a Comment