Labels

Saturday, September 21, 2019

First day in UKM

Berdebar? excited? takut? semua perasaan aku rasa waktu pertama kali melangkah masuk ke UKM. Aku bahkan tidak dapat tidur lena pada malam sebelumnya kerana terlalu banyak perkara yang bermain difikiran. Tapi Alhamdulillah segala urusan pendaftaran berjalan dengan lancar dan aku sekarang bergelar mahasiswi di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kenapa aku pilih UKM? Jelaslah UKM ni antara universiti yang top di Malaysia. Lokasinya pun best, takdelah ceruk hutan sangat jadi senang untuk cari transport nak ke mana-mana. Perjalanan sewaktu pendaftaran tersangatlah lancar. Trafik tak sesak, tak perlu beratur lama-lama pun waktu mendaftar. Sampai sahaja di kolej, aku diarahkan untuk membawa surat tawaran dan ambil kunci bilik dannnn SELESAI! Aku ditempatkan di Kolej Aminuddin Baki, kolej yang sangat berhampiran dengan fakulti aku iaitu Fakulti Ekonomi dan Pengurusan jadi tak perlu lah aku naik bas ke sana. Kolej Aminuddin Baki ni juga berhampiran je dengan Perpustakaan Tun Sri Lanang.


Ini adalah keadaan bilik sewaktu aku masuk. Satu bilik dua orang tapi berbeza ikutlah korang dapat yang mana. Ada bilik untuk seorang dan ada yang dapat duduk rumah. Kadar bayaran pun berbeza ikut bilik yang korang dapat. 

Pengalaman Kerja

Pengalaman kerja? Aku hanya berpengalaman bekerja di dua tempat. Pertama, sewaktu aku menunggu keputusan SPM. Pertama kali bekerja, aku mem...